Langsung ke konten utama

Assalamu'alaikum .... TINGKATAN HAJI

Menu

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

4 Tingkatan Martabat Ibadah Haji

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.

Setiap Jemaah haji yang mengunjungi Baitullahil Haram pasti mengingini dan mengidamkan pencapaian ke tahap Haji Mabrur iaitu haji yang diterima oleh Allah سبحانه وتعالى dan balasannya yang luarbiasa iaitu Syurga, Tetapi tahukah antum bahawa terdapat tiga lagiTingkatan Ibadah Haji?

 

Firman Allah SWT:

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ ۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ ۗ

“Masa untuk mengerjakan Ibadah Haji itu ialah beberapa bulan termaklum, oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya dengan niat mengerjakan Ibadah Haji itu, maka tidak boleh mencampuri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan Haji.”(Surah Al-Baqarah Ayat 197)

.

Hampir sama seperti ibadah solat dan puasa, ibadah Haji mempunyai empat peringkat yang berbeza :-

.

1.      Haji Mardud

 

Haji Mardud ialah haji yang tidak diterima oleh Allah سبحانه وتعالىlantaran kerana kekurangan syarat-syarat dan rukunnya atau sebab-sebab yang lain yang menyebabkan hajinya tidak diterima atau ditolakoleh Allah سبحانه وتعالى.

.

2.      Haji Maqbul

 

Haji Maqbul ialah haji yang sah dan diterima oleh Allah سبحانه وتعالى dan orang yang mengerjakan Haji Maqbul ini dianggap sebagai telah menunaikan perintah Allah سبحانه وتعالى dan telah menyempurnakan rukun Islam yang ke lima tanpa diberi ganjaran pahala.

.

3.      Haji Makhsus

 

Ibadah haji yang dilakukan oleh orang-orang yang tertentu yangsempurna segala syarat dan rukunnya, ia bukan sahaja sekadar dianggap sah dan diterima oleh Allah tetapi diampunkan segala dosanya.

 

Haji ini termasuk ke dalam apa yang disabdakan oleh Rasulullah ﷺ:

“Sesiapa yang menunaikan ibadah Haji, tidak ia melakukan keburukan dan kekejian, maka kembalilah ia seperti hari yang dilahirkan oleh ibunya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Ibnu Majah, An-Nasai dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

.

4.      Haji Mabrur

 

Haji Mabrur adalah tingkatan haji yang paling tinggi dan istimewa, tidak semua boleh mendapatkannya. Haji Mabrur bukan sahaja sekadar dianggap menunaikan kewajipan, tetapi selain dari diampunkan segala dosanya, ia juga akan dimasukkan ke dalam syurga.

 

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda:

والْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ.

“Haji Mabrur” itu tiada balasan (ganjarannya), melainkan syurga.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

.

.

Dimanakah kedudukan kita di antara 4 kategori ibadah Haji di atas? Alangkah bertuah dan bersyukurnya kita jika dapat meraih tahap Haji Mabrur kerana janji Allah سبحانه وتعالى itu pasti.

 

Dalam sebuah hadis qudsi Rasulullah ﷺbersabda:

قَالَ اللَّه: أَعْدَدْتُ لِعِبَادِى الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنَ رَأَتْ ، وَلاَ أُذُنَ سَمِعَتْ ، وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ.

“Allah سبحانه وتعالى berfirman: “Telah Daku siapkan untuk hamba-hambaKu yang soleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengar telinga, dan tidak pernah terdetik di hati manusia.” 

 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Bandung.
(Yachya yusliha)

Komentar

Postingan populer dari blog ini

LAPORAN SAHABAT KULTUM

Kami ucapkan terimakasih untuk rekan-rekan yang telah berpartisipasi ceck in dan mohon maaf bila ada stasiun yang ceck in namun belum tercatat dan terpanggil, kami berharap partisipasinya pada kegitan Net berikutnya. -Tepat pada Pukul 18.50 kegiatan Kultum Net kami tutup dengan negatif berita atau pengumuman. -dan peserta yang ter logsheet sejumlah 19... orang, diawali oleh Bunda Iin,  dan diakhiri  Iwan Hartiwan -Sekali lagi mohon maaf jika ada salah dalam membawakan tugas, saya ... mengucapkan terimakasih..

NIKMAT KESEHATAN

Nikmat kesehatan الحمد لله العزيز الوهاب، ذي الإحسان والكرم، مجزل العطاء والنعم، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدنا ونبينا محمدا عبد الله ورسوله، وصفيه من خلقه وخليله، فاللهم صل وسلم وبارك على سيدنا ونبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، وعلى من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين. أما بعد: فأوصيكم عباد الله ونفسي بتقوى الله، قال سبحانه وتعالى:( وكلوا مما رزقكم الله حلالا طيبا واتقوا الله الذي أنتم به مؤمنون). Kaum Muslimin : nikmat dan keutamaan yang diberikan Allah kepada kita melimpah ruah, Allah Swt berfirman : وأسبغ عليكم نعمه ظاهرة وباطنة “Dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin” (Luqman 31 : 20). Bila manusia mau menghitungnya maka tidak akan mampu menghitungnya, Allah Swt berfirman : وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها إن الله لغفور رحيم “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (An Nahl 16 : 18). Dan sesungguhnya nikmat yang paling agung dan pal...

ANGGOTA SAHABAT KULTUM..

  Ketua : Robi Elfarobi Sekretaris : Neng Tini                   :   Bendahara : Oma Azam Penasehat :   Sie Umum. :  Cek. : SDPPI.  MENJAGA PERSAUDARAAN DI GROUP CEK CCTV LALIN YEL SAHABAT KULTUM : ALLAHUAKBAR  001. Yachya Yusliha 002. Robi Elfarobi. 003. Oma Azam. Parmindo 004. Bunda Noor 005. Opa Kinan. Parmindo 006. Oma Ijah. Banjaran 007. Dedi Dayeh kolot 008. Bungsu. Hegar manah 009. Mamang deex. Cigadung 010. Teh Orin. Cimahi 011. Bah Charly. Tanjung sari 012. Bunring. Cibaduyut 013. Ambu Syera. Tanjung sari 014. Nita. Ciparay 015. Agus. Ciparay 016. Joe. Sarijadi. 017. Teh Husna. Paster 018. Mang Dahlan 019. Aki Jilun. Soreng 020. Neng Opes. Cihanjuang 021. Om Brovo. Cihanjuang  022. KG 023. ABS. Solokan jeruk 024. Yaya. Banjaran 025. Iwan Hartiwan.  026. Dedi Malangbong 027. Away. Cimaung 028. Agus Pangalengan 029. Bayu Sumedang 030. Bah jenggot. Ciparay 031. Sonay arjasar...